ciri ciri mereka yang ikhlas bercinta . heee
Hai gadis-gadis.
Erm.. bagaimana ya nak tahu dia tu betul suka pada aku, betul serius menjalin hubungan dengan aku? Apa sebenarnya hubungan kami berdua? Mungkin kadang2 persoalan2 sedemikian bermain dalam minda anda wahai si gadis. Jadi kali ni nak berkongsi bahan bacaan mengenai keikhlasan lelaki terhadap anda. Memang benar keikhlasan tak boleh diduga atau diteka. Namun, mungkin tips di bawah boleh dijadikan panduan. =)
1. Bersahaja
Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati anda. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan anda.
2. Gembira Bersama
Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian bertemu atau menghabiskan masa bersama.
3. Terima Anda Seadanya
Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri anda seadanya. Dia tidak memaksa anda menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.
4. Jujur
Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan anda. Kaki penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.
5. Hormat
Di awal perkenalan sehingga anda bersama sebagai kekasih, dia menghormati anda dan tidak sesekali dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari anda dengan perbuatan atau percakapannya.
6. Bertemu Dengan Keluarga
Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga anda dan dia juga akan membawa anda bertemu dengan keluarganya.
7. Tidak Menyembunyikan Kawan
Orang yang ikhlas mencintai anda akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawan-kawannya daripada anda.
8. Mengambil Berat
Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi anda untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai anda sebagai pasangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan