Selasa, 25 September 2012

kata kata hikmah .

ayat or kata2 hikmah ngeee ...

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  • Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
  • Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
  • Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
  • Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas
  • Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
  • Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
  • Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
  • Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
  • Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
  • Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
  • Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran
  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
  • Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali
  • Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa
  • Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
  • Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
  • Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan
  • Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya
  • Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan
  • Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
  • Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah
  • Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat
  • Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya
  • Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan
  • Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah
  • Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
  • Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
  • Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli
  • Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan
  • Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
  • Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya
  • Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan
  • Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik
  • Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
  • Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
  • Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
  • Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
  • Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan
  • Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan
  • Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun
  • Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
  • Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
  • Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
  • Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain
  • Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya
  • Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran
  • Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat
  • Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat
  • Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan
  • Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh
  • Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup
  • Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya
  • Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.
  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
  • Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
  • Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat
  • Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi
  • Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup
  • Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil
  • Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan

Isnin, 24 September 2012

sakitnya bila di curangi

curang oh curang , heee . maafkan saja . 



Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.
Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.
Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.
Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.
Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.
JANGAN BERSEDIH…

Sabtu, 22 September 2012

adakah ikhlas

ciri ciri mereka yang ikhlas bercinta . heee


Hai gadis-gadis.

Erm.. bagaimana ya nak tahu dia tu betul suka pada aku, betul serius menjalin hubungan dengan aku? Apa sebenarnya hubungan kami berdua? Mungkin kadang2 persoalan2 sedemikian bermain dalam minda anda wahai si gadis. Jadi kali ni nak berkongsi bahan bacaan mengenai keikhlasan lelaki terhadap anda. Memang benar keikhlasan tak boleh diduga atau diteka. Namun, mungkin tips di bawah boleh dijadikan panduan. =)

1. Bersahaja

Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati anda. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan anda.

2. Gembira Bersama

Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian bertemu atau menghabiskan masa bersama.

3. Terima Anda Seadanya

Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri anda seadanya. Dia tidak memaksa anda menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.

4. Jujur

Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan anda. Kaki penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.

5. Hormat

Di awal perkenalan sehingga anda bersama sebagai kekasih, dia menghormati anda dan tidak sesekali dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari anda dengan perbuatan atau percakapannya.

6. Bertemu Dengan Keluarga

Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga anda dan dia juga akan membawa anda bertemu dengan keluarganya.

7. Tidak Menyembunyikan Kawan

Orang yang ikhlas mencintai anda akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawan-kawannya daripada anda.

8. Mengambil Berat

Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi anda untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai anda sebagai pasangannya.

Jumaat, 21 September 2012

boleh ke tak boleh tunai janji

JanjI aTau Kata Kata Saja



Girl         :So , awak janji akan jaga saya sampai bile bile kan

boy          :Tak

girl          :So , awak janji yang akan ingat kat saya sampai bile bile kan 

boy          :Tak

girl          :Awak janji akan bersama dengan saya sorang je kan sampai bile                   
                  (  mule menangis )

boy          :Tak

girl          : (menagis teresakesak . hmmm)

boy          : Awakkkk .

girl          : sob sob sob (T.T)

boy          : Saya tak boleh janji semua tu . Semua tu luar kemampuan saya .
                   Tapi  saya janji yang saya akan sentiasa berdoa supaya awak 
                   sentiasa di hati saya . Saya juga janji yang akan sentiasa berdoa 
                   supaya saya sentiasa di hati awak . Dan akhir sekali , saya janji yang 
                   saya akan sentiasa berdoa supaya cinta kita di jaga oleh TUHAN . So . 
                   cinta kita akan sampai ke syurga .:)




Aku perasan, zaman sekarang, bila dah bercinta nak rak tu, semua pakat main tabur janji macam ahli politik. Semua janji nak manis-manis je.


"Saya berjanji akan sehidup semati dengan awak"
"Saya berjanji akan jaga awak sampai bila-bila"
"Saya berjanji awak seorang je kat hati saya sampai bila-bila."
 
"Saya berjanji akan tunggu awak sampai bila-bila"
"Saya berjanji akan sayang kat awak even awak kahwin dua"

But, the fact is, most of the janji hanyalah another bullshits. How the hell si lelaki boleh berjanjikan letak awek dia sorang kat dalam hati dia sedangkan tak ada siapa pun yang mampu kawal hati dan perasaan? Dan aku tak faham macam mana a girl boleh berjanji untuk hidup semati dengan seorang lelaki yang dia belum kahwini? Hey, mana dia tahu yang lelaki tu jodoh dia? Even orang yang kahwin pun boleh bercerai, ini kan yang belum kahwin. Kan?

Masa bercouple dan bercinta, memang lah rasa macam longlasting ever. Tapi, hati dan perasaan senang je berubah. Bila-bila masa je boleh berubah. Jadi, it is not right la bila seseorang membuat janji yang tak pasti. Tak real langsung.

Daripada 100 orang kawan yang korang kenal, berapa ramai yang hanya ada kekasih dari dulu sampai sekarang? And how about your boyfriend(s) and girldfriend(s). Dieorang ada ada ex tak? Berapa orang? Pernah tak korang bayangkan, apa janji-janji manis dia kat ex dia? Adakah janji-janji yang sama seperti mana dia janji kat korang which is janji-janji manis seperti 5 janji di atas?

Apa pun boys, kalau ada awek yang berjanji akan kasi korang kahwin dua, mungkin korang patut kahwin dengan dia. HAHA.

Khamis, 20 September 2012

sebab pe kecewa

Kenapa Ada Kecewa .


Kenapa Manusia Kecewa??


Kalau tak pernah ada perasaan kecewa, bukan manusia namanya. OK, fine. Orang gila dikecualikan. Kecewa. Kenapa manusia kecewa? Korang ada jawapannya?

Ada yang kata, "Biasa la manusia, tak pernah bersyukur". "Manusia kecewa sebab hati mudah rapuh". Dan macam-macam lagi jawapan yang aku dengar.

Bagi aku, rasa kecewa ni datang apabila sesuatu yang kita dapat, tak seperti apa yang kita harapkan.


Kecewa dengan diri sendiri

Contohnya, kecewa dengan diri sendiri. Dalam peperiksaan, kita rasa kita dah buat yang terbaik. Tapi, masih dapat keputusan yang kurang memuaskan. Kat sini, dah pasti ramai yang rasa kecewa dengan keputusan yang dia dapat. Kecewa dengan diri sendiri yang tak dapat capai target.

Sebenarnya, rasa kecewa dengan diri sendiri ni boleh dielakkan, sekiranya kita nilai kebolehan diri sendiri dulu. Jangan terlalu letakkan 'target' yang melebihi keupayaan diri kita sendiri.

'Confident' dalam diri memang perlu, tapi jangan sampai 'over confident'. Sikap ni la yang boleh menyumbang kepada kecewa dan 'frust menonggeng'.



Kecewa dengan orang lain

Sama jugak dalam konteks kecewa terhadap orang lain. Contohnya, perempuan yang selalu kecewa dengan lelaki lepas putus hubungan. Mula la buat ayat sentap,"Lelaki semua sama, kaki perempuan. Tak guna. Eeee".

Mungkin lelaki tu salah. Tapi, kita si perempuan pun salah jugak. Sebab terlalu berharap. Letakkan harapan pada orang lain, yang kita sendiri tak tau apa kesudahannya.

Tak kira hubungan antara kekasih, suami isteri, adik-beradik, ibu bapa, saudara-mara ataupun kawan-kawan. Dalam kes apa pun. Kita jangan terlalu letakkan 'high expectation' terhadap mereka. Buat biasa sudah.


Apapun, Kecewa sebab kita tak dapat apa yang kita harapkan adalah normal. Yang paling penting, tanamkan sifat syukur dan redha dalam diri sebagai ubat untuk atasi diri kita daripada terus rasa kecewa.. =)

Rabu, 19 September 2012

erti sebenar kawan

Macam macam kawan , hahaha


Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang...

Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...

Kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir...

Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana ...

Kata sedare,
kawan tu seperti makanan, kawan makan kawan!...

Kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut sahaja apa yang dikata...

Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan...

Kata adik,
KAWAN tu macam biskut, "sekejap ade sekejap takde"...

Kata aku,
Suka hati akulah, kawan aku, bukan kawan kau...dah pergi sambung balik kerja!

kawan makan kawan . . .

Kawan Makan Kawan . . .


Assalammualikum dan hye semua hehe ok hari ni nak cerita pasal " Kawan Makan Kawan", hurm tu tajuk dalam slot RAUDAH TV9  Semanis Kurma semalam huhu dan kalau diikutkan memang ada yang jenis "Kawan Makan Kawan" ni sebenarnya. Diluarnnya kekadang kita tak nampak tapi Yallah dibelakang kita? Hurm korang fikir-fikir kan lah sejenak. Manusia ni memang susah untuk kita duga pemikiran mereka tapi kita boleh baca dari luarnya juga dan cara dan gaya serta perwatakannya.


Bagi aku berkawan biar beribu tapi nak cari yang jenis tak Kawan Makan Kawan ni susah sikit tapi alhamdulilah selama aku berkawan tak kira la masa dekat tempat belajar ka,tempat kerja ka tidak ada lah lagi yang Kawan Makan Kawan itu lagi syukur sesangat tapi agak takut dan seram ah kalau ada yang macam tu. serius aku katakan memang takut kalau berlaku dekat aku tapi mintak simpang dijauhkan dari orang yang jenis macam tu, kita harus bijak membawa diri kalau berkawan ni, ya la kawan ni kan ada macam-macam jenis kan dari segi perwatakan dan cara mereka. 


Bagi aku sejujurnya aku memang berkawan dengan semua orang tapi aku akur dulu masa sekolah aku memang memilih kawan, aku kawan dengan rakan-rakan yang tak huha-huha maksud aku yang tak hingaq dan tak kecoh dan tak bising dan tak buat hal dalam sekolah itu ikhlas dari aku. Kalau boleh aku nak duk jauh-jauh dari orang macam tu.


Kenapa nak jauhkan dari orang yang macam tu?sebab aku memang tak gemar dan tak boleh nak 1 kepala dengan cara mereka tu. Aku jenis low profile. Biar orang tak kenal aku. Aku tak mau dikenal kerana wanted di sekolah gara-gara buat hal disekolah dan aku tak mau terkena serpihan dan tempias dari mereka yang buat hal disekolah. Kalau dikenali kerana kebaikan tak pa la kot hehe :D



Ok berbalik pada yang jenis kawan makan kawan ni didepan kita bukan main baiklah tapi bila dibelakang duk gata dan macam-macam hal dibuat kan? huh bagi aku la kan yang jenis macam ni la kan mereka ni jeles kot sebab kita ada something yang diorang tak dak dan kita  ada, tak boleh tengok kita lebih ja sikit mula la macam-macam dibuat itu dan ini mengata kita dan burukkan kita kan? haish (-_- ') agamaknya diorang tak senang dengan kelebihan kita kot kan hurm entah alhamdulilah selama aku berkawan tak nah la lagi ada yang jenis kawan makan kawan ni huhu tak taw la kot-kot nanti ada haha adess kalau ada pon buat tak tau dah dekat diorang tu.



Hurm bagi aku pemilihan kawan tu penting kenapa? ya la takut kang jadi macam tu lak 'Kawan Makan Kawan' huh tak ke haru biru jadinya kan? Bukan apa manusia ni kita tak leh duga perangai mereka macam-macam ada ya la rambut hitam ja sama tapi hati lain-lain tak gitu? Aku memang amalkan benda ni dari dulu semua aku kawan tapi aku tengok gak kalau terasa sorang kawan aku dari banyak-banyak tu dah macam lain aja aku just buat der ja dengan apa yang diperkatakan takut karang jadi masalah lain pula. Aku memang tak boleh nak 1 kepala kalau nampak orang tu lain macam sikit haha ni memang ikhlas dari sudut hati aku yang kecil ini.


Sebenarnya bagi aku benda ni boleh dielakkan kalau kita dapat megagak sikit demi sedikit cara kawan kita tu contoh kalau kita tengok perwatakannya tu sedikit demi sedikit hari-hari dah lain macam kan kita leh agak mesti dya di ada something yang tak kena kan? huh dari situ lah kita boleh elak untuk jangan rapat sangat dan bercakap banyak ka atau lebih senang aku katakan elak dari berjumpa? ka aku ni memang kejam? haha atau lebih senang buat bias-biasa ja dengan dya dah kalau perangai dya kian berubah hari demi hari kan? tak salah.


So jauhilah diri kita dari sifat yang jenis 'Kawan Makan Kawan' ni nak jeles buat apa nak tikam dari belakang kenapa? tak perlu itu semua ada dapat apa-apa faedah ka? haha janganlah kita jadi seperti itu 'Kawan Makan Kawan' tu kelak kita yang merana kerana hilang kawan yang dulunya baik dan kita buat jahat padanya dan bila susah? tau pula nak cari kita balik kan? ish--ish sabar ja la dugaan dan rintangan dalam kehidupan ni hurm. Renung-renungkan lah yea semua (-_- )

sedikit karut marut cinta . . .

KALAU BENAR SAYANG KAN .. 



GIRL : awak, saye nak bg tahu awk sesuatu..
BOY : ye syg,ape die ckp lah.
GIRL : Ex saya datang balik nakkan saya. Huwmm..
BOY : ouh.. Awak masih dia ke syg?
GIRL : Ermm.. Entah. Awk rasa??
BOY : kalau awk masih sygkn dia syg, awak pergi lah pada dia.
GIRL : Awak tak tak cemburu ke ? Awak tak marah?
BOY : (tunduk dgn nada suara yang sayu2) Buat apa sye nak marah awak syg. Mungkin dia boleh jaga awak dengan sempurna. Saya tahu kalau betul awk sygkan saya sayang, awak takan Biarkan orang lain rampas awak dari saya. (tunduk lalu setitis air mata jatuh membasahi bumi )
GIRL : (terdiam terpaku dgn kata2 kekasihnya) syg, saya tak inginkan yang lain, saya janji cinta saya hnya untuk awak. (lalu mengesat airmata si kekasihnya)

KESIMPULANNYA
Janganlah menguji tahap kecemburuan seorang lelaki, kerana ianya akan pendam sehingga menitiskan air mata. Air mata bg lelaki amat bermakna, tp ianya akan tewas jika hatinya diluka.•_•

Selasa, 18 September 2012

suspek kes pembunuhan (arwah ayah mira )


Harap2 dengan kecekapan pihak yang bertugas akan dapat membongkarkan kes2 ini , aamiin .

al Fatihah buat arwah (ayah mira ). credit tu ( amira nazihah )

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peniagamaut_isteriparahditikamperompak/Article/

http://www.hmetro.com.my/articles/Pura-purapengsan/Article/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

AL FATIHAH BUAT ARWAH 

Kejadian ini amat mengejutkan saya dan rakan rakan saya . Sungguh tidak sangka pekara sedemikian berlaku kepada keluarga sahabat kami sendiri , Beliau juga adalah peserta ARPRM Tahap Emas yang bakal dilahirkan .Semoga Adeq Mira  dan keluarga dapat menempuhi dugaan ini dan redha dengan apa yg berlaku .  Setiap pekara yang berlaku ada hikmahnya . AL FATIHAH .

YA Allah, ilmu-Mu amat luas, Engkaulah Ya Allah yang Maha Mengetahui, sekiranya sesuatu perkara itu baik untukku, semasa hidupku, semasa matiku dan sesudah matiku, Kau permudahkanlah padaku. Ya Allah sekiranya sesuatu perkara itu tidak baik untukku, semasa hidupku, semasa matiku dan sesudah matiku, maka Kau jauhkanlah dariku. Ya Allah berikanlah kebaikan di mana sahaja aku berada. Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu buat keputusan dan pilihan yang baik untuk diriku sendiri, hanya Engkaulah Ya Allah yang membuat pilihan dan keputusan yang terbaik untuk diriku.